Sejarah
Program Latihan Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada
24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir dalam menjalankan latihan dalam bidang pertanian berasaskan kemahiran (competency-based skill training)
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) diwujudkan pada 1 Oktober 2002. NATC bertanggungjawab merancang, menyedia, mengawal selia dan menilai PLKPK. Kolej Pertanian Malaysia (KPM) menjalankan latihan peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM, Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM, Tahap 5) manakala pusat-pusat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani (MOA) menjalankan latihan peringkat Sijil (Tahap 1,2 dan 3)
Pengiktirafan dan pertauliahan Pensijilan Kemahiran Malaysia dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), Kementerian Sumber Manusia melalui Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (NASDA)
Visi
Penentu piawaian bagi kecemerlangan dalam latihan kemahiran pertanian
Misi
Menggubal dasar, mengawal kualiti dan memperkukuhkan latihan kemahiran pertanian yang komprehensif bagi memenuhi keperluan bidang pertanian negara
Objektif
Melahirkan pekerja dan usahawan yang berkemahiran dalam berbagai bidang agar pertanian menjadi sektor swasta yang moden, dinamik dan berdaya saing.

Fungsi
- Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa ke semasa.
- Menyediakan pakej latihan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman berasaskan NOSS bagi semua bidang pertanian.
- Menyelaras keperluan fizikal semua institusi latihan pertanian.
- Menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran pertanian di semua institusi latihan pertanian.
- Menilai keberkesanan sistem latihan kemahiran dan menambahbaikkannya.
- Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam ehwal latihan kemahiran pertanian
- Merancang sistem latihan berkembar (dual training system).
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
TUJUAN
Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.

OBJEKTIF PROGRAM
PELAKSANAAN
Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.
PERSIJILAN
BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
SYARAT UMUM:
PEMBIAYAAN LATIHAN:
Kos latihan, pengajian bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Pelatih hanya perlu menanggung kos insuran dan cukai setem.
CARA MEMOHON:
Menggunakan aplikasi dalam talian (online application)
- Menyediakan tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
- Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
- Melaksanakan transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera utama ekonomi negara.
PELAKSANAAN
Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.
PERSIJILAN
- Sijil Kemahiran Tahap 1 (SKM T1)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM T2)
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM T3)
- Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM T4)
BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Ternakan (Ruminan)
- Tanaman
- Akuakultur
- Teknologi Perikanan Tangkapan
- Pengedaran Makanan (Pemasaran)
- Pemprosesan Makanan
- Penanaman Padi
SYARAT UMUM:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Sekurang-kurangnya memiliki UPSR
- Sihat Tubuh Badan
- Berminat dan komited untuk tugasan luar
PEMBIAYAAN LATIHAN:
Kos latihan, pengajian bahan pembelajaran, peralatan latihan, penginapan, makan dan minum adalah ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Pelatih hanya perlu menanggung kos insuran dan cukai setem.
CARA MEMOHON:
Menggunakan aplikasi dalam talian (online application)
- Pembelian nombor unik ID di kaunter atau ATM (Auto Teller Machine) BSN atau SMS banking SEHARI selepas iklan disiarkan
- Capaian maklumat dan borang permohonan melalui aplikasi dalam talian di laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 3, Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya.
Tel: 03-8870 1000
Faks: 03-8888 6908
http://www.moa.gov.my